Monday, October 26, 2009

Rumah Barkat: MTQN PEYATIM 2009

Idle
It’s been too long I’m leaving this findingbarkat idle. It seems that my passion to spare my time to write had recessed; corresponded with the global economic recession, perhaps. But, Rumah Barkat is always special because it is in that place, where you can find the barkat of being kind to the orphans.

Skudai
Once, I had made a visit in June and join the orphans in the National Majlis Tilawah Al Quran dan Nasyid (MTQN) PEYATIM 2009 in UTM Skudai. Rumah Barkat represented Johor State in Boy’s Tilawah, Boy’s Poetry and Boy’s Nasyid.

Equestrian
In addition, during a short tour around the campus, with help from Umi Habibah and her family, some of the orphans were managed to visit the University’s Equestrian Horse Stable, thanks very much to Umi and her family. (Even, during my previous study in this campus, I had never ridden a horse there).

Winner
Fortunately, Rumah Barkat won the Boy’s Nasyid, (well done kids!) but I left before the closing ceremony, so I myself never watched how they performed their songs. That was it for the 2009 PEYATIM MTQN in UTM Skudai.

Sepi
Terlalu lama aku membiarkan findingbarkat ini sepi. Sepertinya semangat aku untuk mencuri waktu untuk menulis telah merosot, mungkin tempias kelembapan ekonomi dunia. Namun, Rumah Barkat akan setiasa keramat, kerana di situ adalah tempat anda akan beroleh barkat untuk berlaku baik kepada anak-anak yatim.

Skudai
Pernah sekali awal bulan Jun, aku melawat dan menyertai anak-anak Rumah Barkat dalam Majlis Tilawah Al Quran dan Nasyid (MTQN) PEYATIM 2009 Peringkat Kebangsaan di UTM Skudai. Rumah Barkat mewakili negeri Johor bagi acara Tilawah Lelaki, Sajak Lelaki dan Nasyid Lelaki.

Ekuestrian
Tambahan, ketika meronda-ronda sekitar kampus, dengan pertolongan Umi Habibah dan keluarganya, beberapa anak yatim telah berpeluang untuk melawat kandang kuda kelab ekuestrian UTM, terima kasih banyak-banyak kepada Umi dan keluarga. (Aku sendiri tidak pernah melawat kandang kuda tersebut sepanjang aku belajar di sini dahulu).

Johan
Rezeki, Rumah Barkat telah berjaya menjuarai pertandingan Nasyid Lelaki, (tahniah!) namun aku pulang sebelum majlis penutup, jadi langsung tidak berpeluang melihat persembahan mereka. Itulah tentang MTQNPEYATIM 2009 di UTM Skudai.





Friday, March 20, 2009

Rumah Barkat: Orphaned (III) / Yatim (III)


The tears that they’ve hold back all along, would anybody be by their side to catch it for them?
Their deep memories of loved ones, would anybody rise to accompany them?
Their sorrow inside the heart, would anybody appear to cheer them up?
Their loneliness in the days, would anybody come to visit them, regularly?
Their need to be appreciated and to be heard, would anybody understand and listen to them?
And the burdens that they can't bear inside, please everybody, give your support and lend them your hand, in every means you can.

Tangisan yang tertahan sekian lama, adakah sesiapa akan berada di sisi mereka untuk menadahnya?
Kerinduan mendalam kepada insan tersayang, adakah sesiapa untuk menemani mereka?
Keluhan jauh di sudut hati, adakah sesiapa akan tampil untuk menceriakan mereka?
Kesepian menempuh hari, adakah sesiapa akan datang melawat mereka, selalu?
Keinginan untuk dihargai dan didengari, adakah sesiapa akan memahami dan memberi perhatian kepada mereka?
Dan bebanan yang sudah tidak tertanggung dalam diri, berilah mereka sokongan dan pertolongan, dalam segenap perkara yang mungkin.

Monday, February 9, 2009

Rumah Barkat: The New Season/Musim Yang Baharu




New Season
I was a month since this year 2009 had started. Yet, year 2009 brings another new season to the orphans of Rumah Barkat. The orphans returned to their fostering Rumah Barkat compound on the January 3rd, leaving behind their home. Thus, let go off the comfort and pleasure of the school holiday dear orphans, it’s time for school, again.

New Life
Also, annually, numbers of new orphans enrolled into the Rumah Barkat Orphanage. This year, they’ve checked in on the January 4th, and will begin their new life as the Rumah Barkat’s folks. With or without their will, they have their own stories that made them to be in the orphanage. Most of their stories may tear your heart apart, I tell you.

First Visit
Luckily, I had the opportunity to have my first visit in this new season to the orphanage on the last public holidays. Oh, how eagerly I drove to reach to the southern city after didn’t meet the orphans for a while.

Musim Baharu
Sebulan telah berlalu sejak tahun 2009 tiba. Sungguhpun begitu, tahun 2009 membawa suatu lagi musim yang baharu untuk anak-anak yatim Rumah Barkat. Anak-anak yatim tersebut pulang ke perkarangan Rumah Barkat pada 3 Januari, meninggalkan kampung halaman masing-masing. Seraya itu, lepaskanlah keselesaan dan keenakan hari cuti wahai anak-anak, sudah tiba masanya untuk kembali bersekolah.

Kehidupan Baharu
Juga, setiap tahun, sebilangan anak-anak yatim akan mendaftar masuk ke Rumah Barkat. Tahun ini mereka mendaftarkan diri pada 4 Januari, lantas memulakan kehidupan baharu sebagai warga Rumah Barkat. Dengan atau tanpa kemahuan mereka, masing-masing punya kisah yang tersendiri yang membawa mereka ke Rumah Barkat ini. Kebanyakan kisah-kisah mereka pasti akan menghibakan hati anda, sungguh.

Kunjungan Pertama
Dengan Izin-Nya, aku berpeluang untuk melakukan kunjungan yang pertama buat musim baharu ini ke Rumah Barkat pada cuti umum yang lalu. Betapa segera-ingin-tiba-nya aku ketika memandu menuju ke kota selatan setelah seketika tidak bersua dengan anak-anak yatim.

Monday, December 15, 2008

Rumah Barkat: The Good News/Khabar Gembira

Final Year Exam
I received some good news from the southern Rumah Barkat Orphanage. It was about some of the orphans got quite satisfying grades in their final year exam. The best things about their grade were that they managed to get into the better rank class for the next year 2009 session. I am definitely very happy for those orphans for their improvement in school.

Rank
To be more details, three of those orphans got the first, third and fourth rank in their class for their final year exam results. All three of them were classmates. There, probably they were competing to excel each other in their exam. What a very good and positive change that they had set.

Improvement
Why I’m undeniably feeling very happy for them? It’s because they had made a very significant positive change in the orphanage: advancing into a better rank class, as never before.

Before
In the earlier years, it was very rare for the orphans to advance into a better rank class. Conversely, most of them had slipped into a lower rank class because of the decreasing academic performance - so pitiful. What were the causes? Even I am still looking for the causes and the solutions.

Hope
It was until these courageous orphans came to lead the way in making positive change in the orphanage: advancing into a better rank class. Even actually, their grades were only so-so, not straight A’s, but they were improving very well, for the moment. Next year they’ll have their UPSR exam; and I’m putting my best trust and hope on them - for them to set another significant positive change in the orphanage. May all of them be succeeded in their life and in the afterlife, and may God be with them.

Peperiksaan Akhir Tahun
Aku menerima suatu berita gembira dari selatan tanah air. Ia adalah tentang pencapaian yang agak baik beberapa orang anak dalam peperiksaan akhir tahun mereka. Paling penting tentang keputusan peperiksaan mereka ialah: mereka akan ditempatkan di dalam kelas yang lebih baik untuk sesi 2009. Aku benar-benar gembira dengan pencapaian mereka yang tersebut di sekolah.

Tempat
Lebih terperinci, tiga daripada anak-anak Rumah Barkat memperoleh tempat pertama, ketiga dan keempat di dalam kelas dalam peperiksaan akhir tahun mereka. Ketiga-tiga mereka adalah rakan sekelas. Barangkali, ketiga-tiga mereka saling bersaing antara satu sama lain dalam peperiksaan. Suatu perubahan yang positif dan sangat baik yang telah mereka lakukan.

Kemajuan
Mengapa aku benar-benar gembira untuk mereka? Ia adalah kerana mereka telah melakukan suatu perubahan positif yang penting di Rumah Barkat: maju ke kelas yang lebih baik, sesuatu yang jarang berlaku sebelum ini.

Sebelum
Tahun-tahun kebelakangan, sukar untuk anak-anak Rumah Barkat maju ke kelas yang lebih baik. Malah, sebaliknya kebanyakan mereka jatuh ke kelas yang lebih rendah lantaran prestasi akademik yang merosot - sungguh menyedihkan. Apa puncanya? Aku sendiri masih mencari punca dan penyelesaiannya.

Harapan
Begitulah keadaannya sehingga anak-anak yang berani ini tampil melakukan perubahan positif di Rumah Barkat: maju ke kelas yang lebih baik. Meskipun sebenarnya keputusan mereka hanyalah sederhana, bukan terbaik, namun mereka telah menunjukkan pencapaian yang sangat baik, buat ketika ini. Tahun hadapan, mereka akan menduduki peperiksaan UPSR; dan aku meletakkan kepercayaan dan harapan yang terbaik kepada mereka - untuk mereka lakukan satu lagi perubahan positif yang penting di Rumah Barkat. Semoga mereka semua berjaya dalam kehidupan mereka, juga di akhirat, dan semoga Allah bersama-sama mereka.

Monday, December 1, 2008

Rumah Barkat: There Was A Time/Pernah Dahulu

Question
There was a time I asked a question to the orphans in Rumah Barkat: what was their most pleasing and memorable experience? As first, I was expecting some typical answers from them; such as scored some great grades in exam, win in some sport events etc.

Answer
Then, one of them answered: the time was when he met his mother and went out to the city with her for having some meals. “Is that it? Is that is his most pleasing and memorable experience of his life?” I asked myself (in my heart) surprised.

Take for Granted
Man, how I can take for granted for the every time I see my mother’s face, and my father’s; where there are peoples who their best wish in their life is just to see their parents’ face, just as this orphan.

Soalan
Pernah dahulu aku bertanya kepada anak-anak yatim di Rumah Barkat: apakah pengalaman manis yang tidak dapat mereka lupakan? Mulanya, aku menjangkakan jawapan-jawapan yang tipikal daripada mereka; seperti mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan atau menjadi johan dalam acara sukan dll.

Jawapan
Kemudian, salah seorang daripada mereka menjawab: iaitu waktu ketika dia bertemu ibu kemudian keluar bersiar-siar dan makan bersama ibu di bandar. "Itu sahaja? Itu pengalaman manis yang dia tidak dapat lupakan?" Detik hati aku, terkejut.

Ambil Mudah
Aduh, bagaimana selama ini aku ambil mudah sahaja setiap kali aku bersua dengan ibu dan ayah?; sedangkan ada orang yang terlalu rindu untuk menatap wajah ayah dan ibu mereka, sebagaimana anak-anak yatim ini.

Tuesday, November 25, 2008

Rumah Barkat: During Those Days/Hari-hari Dahulu

Tense
During those days, there were times when I was nervous and stressed, on important events usually. Therefore, I visited the orphanage to see the orphans. There, their childish and playful acts cheered me up or at least made me to smile, which gave me confident to endure those tense important events.

Cheer
Hmm…wouldn’t it I’m the one who should come to cheer them up?

Cemas
Hari-hari dahulu, ada ketikanya aku berasa gementar dan cemas, sewaktu detik-detik penting terutamanya. Oleh itu, aku mengunjungi rumah anak yatim untuk melawat anak-anak yatim. Di sana, telatah riang dan keanak-anakan mereka mencuit hati, atau setidak-tidaknya membuatkan aku tersenyum, lantas memberi aku keyakinan untuk menempuh detik-detik penting tersebut.

Menggembirakan
Hmm...bukankah aku yang sepatutnya datang berkunjung untuk menggembirakan mereka?

Wednesday, November 19, 2008

Aeman - Ayah

Artist: Aeman
Song: Ayah
Album: Permata Ayah Bonda
Producer: Hijjaz Records



Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pemerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Ketika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat dihati...

p/s: Dedicated to the orphans...

Thursday, November 13, 2008

Rumah Barkat: The End (II) / Tamat (II)


Closing Visit
After a while, the 2008 season has comes to its end; and very soon, the orphans will return to their home (if they have one) for their school holidays. So, that was it for me, with my closing visit on the last Nov 4th.

Progress
Always, I’m wondering: did my participation in this orphanage did set any progress for the orphans, especially? Or, did my involvement in there all along still weren’t very effective or efficient yet?

Distant
For now, the distant location still not forbids me from visiting the orphanage. But one thing for sure did shake me down; (again) did my visits did set any progress for the orphans? God knows, and I’ll find it out also.

Travel
Sometimes, I did question myself: what for I travelled this far? Then, I answered back myself: to visit those orphans, of course.

Justification
Further, I justified myself: if not me, who else (somebody that they be familiar with) will visit them? Certainly, they don’t have their parents to visit them, neither their close relative also, maybe. On the other hand, they do know me and so do I. Hence, why shouldn’t I visit them?

Visit
I’m not (yet) any tycoon that can sponsor so much money to the orphanage; nonetheless, I can commit by paying regular visits to those orphans.

Abandon
As well, doesn’t mean by having some obstacles to get to the orphanage, I can just simply abandon those orphans. They are someone, so, again, I can’t just simply abandon them, even if I have to put some extra effort to visit them.

Orphanage
Once, a person suggested me to look for another orphanage, which maybe is much closer than this Johor orphanage. The answer is: yes I can find another much closer orphanage, but still (again), I can’t just simply abandon those orphans in that Johor orphanage. It’s not like when you’re in ease - you go to them, and if you’re in difficulty - you just simply left them.

Change
Well, I do realize that time is changing. Sooner or later, there will be time for me to let go of this orphanage. Then we’ll see how I change along the time.


Kunjungan Penutup
Tanpa disedari, musim 2008 sudah sampai ke penghujung. Tidak lama lagi anak-anak yatim Rumah Barkat akan pulang ke kampung masing-masing (jika ada) sepanjang cuti sekolah. Maka, begitulah bagi aku, dengan kunjungan penutup pada 4 November yang lalu.

Kemajuan
Sering aku tertanya-tanya: adakah penglibatan aku di Rumah Barkat ini mendatangkan apa-apa kemajuan untuk anak-anak yatim? Atau, adakah penglibatan aku di situ selama ini masih lagi belum efektif atau efisyen?

Jauh
Ketika ini, jarak yang jauh masih lagi belum menjadi halangan untuk aku mengunjungi rumah anak yatim tersebut. Tetapi, pasti, satu perkara menggoyahkan aku: adakah kunjungan aku memberi apa-apa impak positif untuk anak-anak yatim di sana?

Kembara
Kadang kala, aku bertanya kepada diri sendiri: untuk apa aku mengembara begitu jauh ke rumah anak yatim ini? Namun kemudian, aku menjawab sendiri: sudah pasti untuk melawat anak-anak yatim.

Justifikasi
Lanjut, aku nyatakan justifikasi: siapa antara yang anak-anak yatim itu kenal, akan datang melawat mereka? Pasti, mereka tidak punya ibubapa untuk datang melawat, juga mungkin tidak saudara mara mereka. Sedangkan, mereka mengenali aku, juga aku mengenali mereka: maka, mengapa tidak bagi aku untuk melawat mereka?

Melawat
Aku bukanlah (setakat ini) mana-mana taikun yang mampu menyumbangkan banyak wang kepada rumah anak yatim. Namun begitu, aku tetap boleh memberi sumbangan, dengan melawat anak-anak yatim tersebut.

Abai
Juga, tidak bermakna jika berhadapan dengan masalah untuk berkunjung ke rumah anak yatim tersebut, aku boleh terus mengabaikan anak-anak yatim di sana dengan begitu mudah. Mereka adalah insan, mana mungkin aku boleh mengabaikan mereka dengan begitu sahaja sewenang-wenangnya, meski jika aku perlu meletakkan lebih usaha untuk melawat mereka.

Rumah Anak Yatim
Pernah dahulu, seorang memberi cadangan: cari rumah anak yatim lain yang lebih hampir. Jawapan aku: Ya, aku boleh mencari rumah anak yatim lain yang lebih hampir, namun aku tetap tidak boleh dengan begitu mudah mengabai anak-anak yatim di Johor itu. Tidak boleh seperti ketika senang - kita datang kepada mereka, ketika susah - kita tinggalkan mereka, ia adalah tidak adil bagi aku.

Berubah
Namun, masa berubah dan mengubah kita. Pasti akan tiba suatu ketika aku perlu melepaskan rumah anak yatim ini. Maka, mari kita lihat, bagaimana aku akan berubah dengan peredaran masa.

Wednesday, October 29, 2008

How To: Another Weekend Trip to an Orphanage / Bagaimana Untuk: Satu Lagi Lawatan Hujung Minggu ke Sebuah Rumah Anak Yatim

Endure another nostalgic journey by train to the end of Malaysia (it’s a while since the last time I travelled by train).

Day 1
1530 hrs: Boarded the train to JB (the train supposedly arrived at 1408 hrs) - JB, here I come!
2230 hrs: Arrived at Johor Bahru train station.

Day 2
0830 hrs: Greeted the staffs in the office.
0900 hrs: Visited the orphans. I came across some visitors from Taman Universiti.
1600 hrs: Went to JB city for lunch with two friends, returned to the Bukit Cagar Orphanage a few hours later.
1900 hrs: Joined the orphans in the Maghrib & Isyak prayer at Surau Al Ehsan. Later, I met the SPM 2008 candidates and giving them some advice & support for their approaching exam.

Day 3
0620 hrs: Boarded the return train to my hometown (duh, I didn't manage to snap any photos at the orphanage).
1240 hrs: Arrived at my hometown train station - home sweet home.


Lalui satu lagi perjalanan keretapi yang penuh nostalgia ke selatan tanah air (sudah lama aku tidak menaiki keretapi).

Hari 1
1530 hrs: Menaiki tren ke JB (tren sepatutnya tiba jam 1408) - JB, aku datang.
2230 hrs: Tiba di Stesen Johor Bahru.

Hari 2
0830 hrs: Menyapa kakitangan di pejabat rumah anak yatim.
0900 hrs: Melawat anak-anak yatim. Kebetulan, bertemu pelawat-pelawat dari Taman Universiti.
1600 hrs: Keluar ke ibu kota untuk makan tengahari bersama dua rakan, kembali ke Bukit Cagar beberapa ketika kemudian.
1900 hrs: Menyertai anak-anak yatim Solat Maghrib & Isyak. Kemudian, menemui calon-calon SPM 2008 dan menyampaikan sedikit kata-kata perangsang & nasihat untuk peperiksaan yang bakal menjelang.

Hari 3
0620 hrs: Menaiki tren pulang ke tempat asal (langsung tidak sempat untuk mengambil gambar foto di rumah anak yatim).
1240 hrs: Tiba di daerah asal.

Tuesday, October 21, 2008

Mendermakan Harta Yang Dicintainya / Gives His Wealth - Although He Loves Them


Bukanlah suatu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta, orang yang memerdekakan hamba abdi; orang mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat, dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji, orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan kesakitan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar; dan mereka itulah juga orang yang bertakwa.[1]

It is not righteousness that you turn your faces towards the east or the west, but a righteous man is he who believes in Allah and the Last Day, in the angels and the Scriptures, and the Prophets; and gives his wealth - although he loves them - to his kinsfolk, and the orphans, and the needy, and the wayfarer, and the beggars, and for the ransom of slaves; who attends to his prayers and pays the alms-tax; and those who are true to their promises which they have made, and steadfast in trial and adversity and in times of war in the cause of Allah. (Such are) the truthful ones (because of their belief and righteous deeds), and such are the God-fearing.[1]

Surah Al Baqarah, Ayat 177

Kebajikan, Kebenaran & Ketaqwaan
Daripada ayat 177 Surah Al Baqarah, secara langsung, dapat kita fahami definisi kebajikan, serta ciri-ciri orang yang benar dan bertakwa, iaitu:

A. Beriman kepada:
i) Allah
ii) Hari Akhirat
iii) Para Malaikat
iv) Kitab-kitab
v) Para Nabi

B. Mendermakan harta yang dicintainya kepada:
i) Kaum Kerabat
ii) Anak-anak yatim
iii) Orang miskin
iv) Orang musafir
v) Orang yang meminta-minta
vi) Orang yang memerdekakan hamba abdi

C. Mendirikan Solat
D. Mengeluarkan zakat
E. Menyempurnakan janji apabila berjanji
F. Sabar semasa kesempitan, kesakitan dan peperangan.

Harta Yang Dicintai
Ayat ini turut memberi panduan tentang bagaimana untuk menderma - iaitu derma yang terbaik adalah dengan menyumbangkan harta yang kita cintai. Dalam erti kata lain, biarlah apa yang kita dermakan itu mempunyai nilai dan kualiti, sebagaimana kita sendiri juga akan sanggup untuk menerimanya.

Selain itu, ayat tersebut juga boleh difahami sebagai suatu saranan supaya kita berkongsi apa-apa harta yang kita cintai dengan orang lain; ahli keluarga, anak-anak yatim dan lain-lain. Pasti, ia adalah suatu perbuatan yang tersanjung kerana ia menyemai sifat pemurah dan belas ehsan; di samping dapat menentang sifat bakhil dan mementingkan diri.


[1]http://www.islam.gov.my/dircportal/quran.htm

Monday, October 13, 2008

How To: A 1D/1N Short Trip to an Orphanage / Bagaimana Untuk: 1H/1M Percutian Singkat ke Rumah Anak Yatim



Get away from your comfort daily routines for a moment, grab your gears and go for a short trip to an orphanage. The itineraries:

Day 1
4.30 pm - Took off for KL by bus.
6.30 pm - Arrived in KL, had dinner in Maju Junction (Maju Junction has a better surau than Sogo has), walked around in Sogo and Pertama Complex. Caught a STAR LRT to Plaza Rakyat (it’s a convenience to have a Touch ’n Go card to easily commute between the Rapid KL stations).
8.30 pm – Took off for JB by bus.
12.30 am – Arrived in Larkin Bus Station.

Day 2
9.00 am – Greeted the staffs at the office. Came across a few UTM students who were conducting weekly maths tuition class for the Rumah Barkat orphan kids.
9.15 am – Met the third former students, giving them some short talk on their approaching exam on October 13. (Wish them the very best of everything for their PMR - May Allah be with you)
9.45 am – The meeting ended, spent the rest of the time visiting the orphans.
12.15 pm – Gave my farewell to the staffs and orphans, taking a taxi to Larkin Bus Station.
1.00 pm – Took off for KL by bus.
6.00 pm – Arrived in Pudu, buying dinner in Sogo.
7.00 pm – Took off for hometown from Pekeliling.
9.00 pm – Arrived in hometown and went home.

Things to bring:
1. Your wallet (filled with cash of course).
2. A pair of shirt & khakis.
3. Towel & essential toiletries.
4. A good will.
5. Phone charger & etc.


Lari seketika daripada keselesaan harian anda, berkemas dan ikutilah percutian singkat ke rumah anak yatim. Perincian perjalanan:

Hari 1
4.30 pm - Bertolak ke KL dengan menaiki bas.
6.30 pm - Tiba di KL, makan malam di Maju Junction (Maju Junction mempunyai surau yang lebih baik daripada Sogo), berlegar-legar di Sogo dan Pertama Complex. Menaiki STAR LRT ke Plaza Rakyat (milikilah kad Touch ’n Go untuk kemudahan perjalanan antara stesen-stesen Rapid KL).
8.30 pm – Bertolak ke JB dengan menaiki bas.
12.30 am – Tiba di Stesen Bas Larkin.

Hari 2
9.00 am – Menyapa staf-staf di pejabat rumah anak yatim. Sempat bertemu siswa-siswa UTM yang mengadakan kelas tuisyen matematik untuk anak-anak yatim Rumah Barkat.
9.15 am – Bertemu dengan pelajar-pelajar tingkatan tiga, menyampaikan sedikit kata-kata perangsang sempena peperiksaan yang bakal mereka tempuh pada 13 Oktober. (Doakan segala yang terbaik untuk mereka hadapi PMR - semoga Allah memberkati mereka)
9.45 am – Perjumpaan tamat, meluangkan masa selebihnya dengan melawat anak-anak yatim.
12.15 pm – Memberi ucap selamat tinggal kepada staf & anak-anak yatim, menaiki teksi ke Stesen Bas Larkin.
1.00 pm – Bertolak ke KL dengan menaiki bas.
6.00 pm – Tiba di Pudu, membeli makan malam di Sogo.
7.00 pm – Bertolak ke tempat asal dari Pekeliling.
9.00 pm – Tiba di tempat asal dan pulang ke rumah.

Perlu Bawa:
1. Dompet (semestinya berisi dengan wang tunai).
2. Sepasang baju dan khakis.
3. Tuala & alatan mandian asas.
4. Niat yang baik.
5. Pengecas telefon dll.

Saturday, October 11, 2008

Orphaned (II) / Yatim (II)

I can see in the gaze of their eyes, the tears that they've hold back all along, in grief.
I can tell from their smile, the very deep memories for their loved ones, who had leaved them behind.
I can hear from their laughs, the sorrow inside of their heart, for the difficulties of their life.
I can feel from their silence, the loneliness in enduring the days, parentless.
I can understand from their words, the needs to be appreciated and to be heard, as they're somebody to someone.
And obviously from their cries, it's the burdens that they can't bear anymore, inside.

Slowly, I began to understand.


Aku melihat dalam renungan mata mereka, tangisan yang tertahan sekian lama, kesedihan.
Aku mengerti dalam senyuman mereka, kerinduan mendalam kepada insan tersayang, yang telah pergi.
Aku mendengar dalam gelak tawa mereka, keluhan jauh dari sudut hati, tentang kepayahan hidup.
Aku merasai dalam diam mereka, kesepian menempuh hari, tanpa ayah ibu.
Aku memahami dalam tutur kata mereka, keinginan untuk dihargai dan didengari, sebagaimana mereka adalah seseorang bagi orang lain.
Dan jelas, dalam tangisan mereka, ia adalah babanan yang sudah tidak tertanggung lagi, dalam diri.

Perlahan-lahan aku mula mengerti.

Friday, October 3, 2008

Don't Tell My Mother: That I'm in an Orphanage/Jangan Beritahu Ibu Aku Berada di Rumah Anak Yatim

When I was in my study, there was a time when my result wasn't very good. Thus, concerned, my mother advised me to spend more time on the books. Despite on the books, conversely, I spent my weekends at the orphanage as usual.

Then, on a weekend while I was in the orphanage, my mom phoned me - oh no! At first, I told her that I was in somewhere else, but fatefully, some orphans next to me had made some noises, which my mother heard - I was so totally busted. So, what else can I do but to confess, sorry mom!


Ketika pengajian, ada suatu ketika di mana keputusan peperiksaanku tidak begitu baik. Kerana ambil berat, ibu menasihati aku supaya meluangkan lebih masa untuk pelajaran. Namun begitu, sebaliknya, aku memenuhi masa hujung minggu aku di rumah anak yatim sebagaimana selalu.

Tiba-tiba, pada suatu hujung minggu ketika aku di rumah anak yatim, aku menerima panggilan daripada ibu - alamak! Mulanya, aku beritahu ibu aku berada di suatu tempat lain, namun dengan takdir, ada anak-anak yatim di sekitar aku membuat bising lalu didengari oleh ibu - memang kantoi. Jesteru, apa lagi yang boleh aku buat, mengaku sahaja la, minta maaf mak!

Tuesday, September 30, 2008

The Loved Ones/Insan Tersayang

It could be very nice to celebrate something special with the loved ones; Aidil Fitri for example.

It could be very nice to have special meals with the loved ones; lemang, ketupat and rendang for examples.

Also, it could be very nice to see the face of the loved ones, always; or maybe to hug them after been away for a while.

But, our love on human is subjected to the space and time structures.

Which means, because of space, we’re always been separated away from the loved ones.

Also, because of time, either our life or the loved ones, for sure will have the ending.

Salam Aidil Fitri.


Pasti lebih bermakna jika dapat meraikan sesuatu yang istimewa bersama insan yang tesayang; Aidil Fitri contohnya.

Pasti juga lebih bermakna jika dapat menikmati juadah-juadah istimewa, bersama insan tersayang; lemang, ketupat dan rendang contohnya.

Juga, pasti sungguh bermakna jika dapat menatap wajah insan yang tersayang, selalu; atau mendakap mereka setelah terpisah beberapa ketika.

Namun, cinta kita kepada manusia tertakluk kepada struktur ruang dan masa.

Maknanya, kerana ruang, kita selalu terpisah jauh daripada insan yang tersayang.

Juga kerana masa, sama ada usia kita atau insan yang tersayang, pasti akan ada pengakhirannya.

Salam Aidil Fitri

Tuesday, September 23, 2008

Kutamaan Berbakti Kepada Anak Yatim


"Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri." [1]
Surah An Nisa’, ayat 36.

Pengabdian, Tauhid & Ihsan
Di dalam ayat ini, kita diseru supaya beribadah (mengabdikan diri) kepada Allah dan tidak mempersekutukan (mensyirikkan) Allah dengan sesuatu apa jua. Seterusnya, kita juga diseru supaya berbuat baik (berlaku ihsan) kepada golongan-golongan berikut:

1. Kedua ibu bapa
2. Kaum kerabat
3. Anak-anak yatim
4. Orang-orang miskin
5. Jiran tetangga yang dekat
6. Jiran tetangga yang jauh
7. Rakan sejawat
8. Orang musafir yang terlantar
9. Hamba sahaya yang dimiliki

Ayat ini secara langsung meletakkan keutamaan untuk berbuat baik kepada anak-anak yatim di tempat yang ketiga selepas kedua ibu bapa dan kaum kerabat; lebih utama daripada orang-orang miskin, jiran tetangga malah sahabat handai di dalam senarai tersebut.

Yatim
Di dalam ayat ini, anak-anak yatim disebutkan secara khusus dan berasingan, tanpa disandarkan kepada ciri-ciri yang lain seperti miskin, terutamanya. Maka, wajar bagi kita untuk berlaku ihsan kepada semua anak-anak yatim, meskipun jika anak yatim itu tidak miskin.

Berlaku Ihsan
Berbuat baik (berlaku ihsan) kepada anak-anak yatim mungkin berbeza dengan berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, orang miskin, jiran tetangga, sahabat handai dan lain-lain. Berbuat baik kepada anak yatim tidak terbatas dalam bentuk wang ringgit dan harta benda sahaja, cuma ia sesuatu yang paling lazim dilakukan dalam masyarakat kita.

Ini bermakna, jika ada antara kita yang mungkin mempunyai persepsi yang tidak tepat dalam menderma untuk rumah-rumah anak yatim yang tertentu, maka perlulah kita sentiasa ingat tentang kedudukan istimewa anak-anak yatim sebagaimana yang dinyatakan di dalam ayat 36 Surah An Nisa' ini.

[1] Tafsir Pimpinan Ar Rahman

Saturday, September 20, 2008

Rumah Barkat: The Raya Shoes/Kasut Raya














The last Saturday, it’s time for the Rumah Barkat orphans to go to the Plaza Angsana to buy their new raya shoes. Once a year, this is their joyful moment even without the presence of their (late) parents.

In the Bata shop, a group of orphans short a few ringgits for a pair of new raya sandals. Without any doubt, a mother who was also shopping for her kids in the shop, funded the additional ringgits for the price of the raya sandals for the orphans. How generous of her.

Sabtu yang lepas anak-anak sekolah rendah Rumah Barkat ke Plaza Angsana untuk membeli kasut raya. Sekali setahun, ini pasti waktu yang menggembirakan bagi mereka, meski tanpa ditemani oleh ayah dan ibu.

Di kedai kasut Bata, sekumpulan anak-anak Barkat kekurangan beberapa ringgit untuk sepasang selipar raya. Lantas, seorang ibu yang juga sedang berbelanja untuk anak-anaknya di kedai tersebut, menyumbangkan wang yang secukupnya untuk harga selipar raya anak-anak Barkat tersebut. Betapa mulianya hati ibu itu.

Tuesday, September 2, 2008

Rumah Barkat: The Beginning of the New Ramadan


Luckily, I had the opportunity of spending the first night of this Ramadan in Rumah Barkat, performing the Sunat Tarawih prayer with the orphans. Earlier before, in the morning, I participated in their weekend assembly for the first time since the last six months.

Later, I had got a very pleasing surprise; a tuition class by the UTM students for the orphans. There, I had met the new faces of the volunteers of the club, as well some familiar faces whom I used to team up with before. What a very happy sight I had, witnessing how they are still care for the orphans and carrying out the tradition of the club for the fourth year, well done people!

Dengan izin Allah, aku berpeluang menyambut ketibaan Ramadhan di Rumah Barkat dengan menunaikan solat sunat Tarawih malam pertama bersama anak-anak yatim. Awal pagi sebelum itu, aku menyertai perhimpunan mingguan anak-anak Rumah Barkat buat pertama kali sejak enam bulan.

Kemudian, aku menerima suatu kejutan istimewa; kelas tuisyen anjuran pelajar-pelajar UTM. Di situ aku berpeluang bersua dengan wajah-wajah baru penggerak kelab, juga wajah-wajah yang tidak asing yang pernah bersama-sama menggerakkan program pada suatu masa dahulu. Betapa gembira hati aku melihat bagaimana mereka masih mengambil berat akan anak-anak yatim dan meneruskan tradisi kelab ini untuk tahun yang keenam, tahniah kepada semua!

Saturday, August 16, 2008

Rumah Barkat: Helping Hands





It is five months since I left the southern city, where the blessed orphanage located. It is difficult for me to pay regular visits to the orphanage since I’m staying very far away in this Raub town.

I really hoped that things were going to be better in the orphanage in my absence, but a few things didn’t happen accordingly to my expectation.

I’m really expecting for somebody to conduct weekly academic classes for the orphans, or somebody who can manage any monthly supportive programs in the orphanage, or maybe somebody who can just come to visit them - where are they?

When I'm visiting the orphanage, I’ve got a frequently asked question from the orphans; when are those friends of mine who used to come with me to this orphanage in the past, are going to visit them again? – The FAQ that I can’t answer easily. Even, I myself keep asking the same question for all along.


Lima bulan berlalu sejak aku tidak lagi tinggal di Johor. Sulit untuk aku melawat Rumah Barkat sejak aku tinggal jauh di Raub ini.

Aku sangat-sangat berharap keadaan menjadi semakin baik di Rumah Barkat, namun beberapa perkara tidak berlaku sabagaimana yang dijangka.

Aku berharap ada mahasiswa-mahasiswa yang akan mengadakan kelas-kelas akademik untuk anak-anak Rumah Barkat, atau program-program sokongan berkala di Rumah Barkat, atau sesiapa sahaja antara mereka yang datang menjenguk anak-anak yatim tersebut pada hujung minggu - di manakah mereka?

Selalu aku menerima satu soalan lazim dari anak-anak yatim; bilakah abang & kakak yang pernah datang ke Rumah Barkat bersamaku dahulu akan datang lagi melawat mereka di Rumah Barkat tersebut?

Saturday, May 17, 2008

Yatim (I) / Orphaned (I)

Aku sentiasa tertanya-tanya rahsia tersebunyi yang terpendam jauh dalam perasaan anak-anak yatim. Aku juga sering tertanya-tanya pengertian terselindung yang tersirat di sebalik senyum dan tawa anak-anak yatim. Juga, aku selalu tertanya-tanya maksud yang terkandung dalam renungan dan pandangan mereka.

Maksud aku, jika diam, apakah yang dipendam oleh anak yatim itu? Jika senyum dan ketawa, adakah kerana anak yatim itu gembira? Dan jika mereka termenung jauh sendirian, apakah yang difikir atau dikenang olehnya?


I ever wonder what hidden deep beneath of the feelings of the orphans. Also, I ever wonder what lies behind of the smile and laughter of the orphans. As well, I ever wonder what is inside of their stare and gaze.

What I’m trying to say is; what do they keep and hide in their silence? Do they really smile and laugh happily? Also, what comes cross their mind in their gazes?

Wednesday, April 30, 2008

Jika Begitu Takdir

Esok, akan genap tujuh tahun ibu pergi meninggalkan kami, buat selama-lamanya, juga, akan genap tujuh tahun usia adik. Selamanya akan aku ingat, pasti abang dan kakak juga tidak akan lupa. Pada hari itu, seharusnya kami bergembira, namun ibu meninggal dunia ketika melahirkan adik. Kasihan adik, kelahirannya kami selubungi dengan tangisan untuk ibu. Adik lahir tanpa sempat untuk menatap wajah ibu.

Dengan kehilangan ibu, ayahlah tempat kami bermanja dan mengharap kasih. Kepada ayahlah juga kami mengadu segala duka dan hiba. Namun, badai ujian tidak datang hanya sekali, selang dua tahun, ayah pula pergi menuruti ibu pulang ke alam barzakh. Ayah meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, langsung hidup kami menjadi hampa dan gelita. Belum kering air mata kerana pemergian ibu, langsung hilang upaya kami untuk menangis pada hari pemergian ayah. Juga, sejak hari itu, aku sudah tidak mampu untuk tersenyum riang lagi.

Segala kegembiraan dan harapan dalam hidup kami turut terkubur ketika jasad ayah disemadikan di dalam liang lahad. Pada usia yang begitu muda, kami telah diduga dengan hakikat kematian kedua-dua ibu bapa kami.

Jika begitu ketentuan takdir, harus aku menerimanya dengan hati yang cekal, tabah dan sabar, meski terlalu pedih, perit dan pahit untuk ditanggung. Sentiasa bersangka baik kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Kita ini milik Allah, kepada-Nya kita akan kembali, terserahlah kepada-Nya untuk menentukan apa jua terhadap kita.

Kini, sudah lama aku tidak bersua muka dengan kakak dan adik. Adik dipelihara oleh pakcik, sementara kakak pula tinggal di sebuah rumah anak yatim di Negeri Sembilan. Aku pula, juga tinggal di rumah anak yatim, jauh di daerah selatan ini.

Amirul, Muar.